Friday, 23 October 2015

SAMBAL TONGKOL MEKNA

My love for cooking.

Here you are, Sambal Tongkol Mekna.

Its very easy to make, yet really delicious.

Bahan-Bahan/;

1 ekor ikan tongkol
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili kering
Gula
Garam
1 keping asam
Sedikit kiub maggi ** hehe
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis.

Cara Memasak:
1. Ikan disiang dan dibersihkan. Potong 3. Lumurkan dengan serbuk kunyit, dan garam. Goreng dan letak tepi.
1. Kisar ke semua bawang besar, bawang putih. Asingkan.
2. Kisar cili kering. ** cara membuat cili boh.. cili kering dibasuh bersih, direbus sampai keluar air cili yang warna merah kehitaman. Tosskan dan kisar. Semasa mengisar, masukkan air agak2 je, dan sedikit minyak. Tujuan masukkan minyak adalah untuk bagi biji cili kering tadi hancur.
3. Panaskan minyak.
4. Masukkan bawang yang dikisar tadi. Goreng sehingga keperangan.
5. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan asam keping dan sedikit kiub maggi.
7. Masukkan ikan tongkol yang digoreng tadi.
8. Gaul sebati, kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
9. Masukkan gula dan garam secukupnya.

Tips masak sambal.
Bahan kisar seperti bawang adalah untuk pekatkan sambal.
Gula untuk bagi sambal nampak cantik, berkilat. Boleh letak dalam 2 sudu.
Selalunya bila masak sambal, minyak memang letak lebih sedikit.
Kiub maggi untuk bagi sambal lebih sedap. Heeee
.
.
.
Tiada protokol dalam memasak. Terserah nak masuk gula dulu atau kemudian. BUt normally. garam dimasukkan lepas api ditutup. Oups, saya memang tak letak belacan dan halia.
.
.
Selamat Mencuba !








No comments:

Post a Comment